Penghasilan Koloni Kelulut In-Vitro

Rasanya ramai belum tahu, salah satu kebaikan madu kelulut adalah ianya diternak, berbeza dengan madu yang diburu di hutan.

Bilamana diburu dihutan, kadar kematangan madu tidak dapat dijangkakan. Apa yang ada dipokok, itulah biasanya diambil. Maka kerap kali madu hutan membentuk kristal. Dan pastinya pemburuan itu merosakkan sarang lebah tersebut.

Madu kelulut lebih lestari dalam aspek ini bilamana tuaian adalah mengikut jadual kematangan madu, tidak merosakkan sarang dan pastinya implementasi SOP lebih senang dibuat. Makanya konsistensi madu kelulut adalah lebih terjamin dari aspek kualiti, bekalan dan kelestarian. Sangat jarang untuk lihat madu kelulut membentuk kristal atau mendakan gula dalam botol.

Tapi nak pastikan industri kelulut ini berkembang pun tak senang, terutamanya nak hasilkan koloni baru untuk tampung pertumbuhan ladang. Alhamdulillah beberapa bulan lepas team USM telah mendaftarkan paten baru yang akan jadi penyelesaian dalam penghasilan koloni kelulut.

Berbanding kaedah semasa yang menghasilkan ratu secara in-vitro, team USM hasilkan koloni lengkap secara in-vitro dimana ratu sedia disenyawakan. Teknik ini juga membolehkan ratu di bela sehingga lebih 2 bulan dimakmal sementara menunggu penyediaan koloni nukleus. Model dan paten ini pastinya merancakkan pertumbuhan industri kelulut bilamana koloni dapat dihasilkan secara besar-besaran seperti plant tisu culture. Kata nak madu kelulut ni jadi King… Kena cukup supply kan?

Termakbul sebuah doa. Lengkap akhirnya teknologi berpaten USM bagi keseluruhan proses penghasilan madu berkualiti (Penghasilan koloni in-vitro, Sistem haif, Sistem pemurnian madu dan Sistem ujian ketulenan madu) untuk lonjakkan industri kelulut. 12 tahun yang berbaloi. Alhamdulillah

Oh ya… Dah makan madu kelulut hari ni?

#USM#DRONESS#AnNaHL#Brainey#KELULUNOMIC#DASC


Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *